Thursday 10 September 2015

Allah Sentiasa Bersama Kita

Assalamualaikum..agak lama tak aktif dengan blog.
kali ni  nak cerita kisah belakang-belakang,masa baru mengenali apa itu kehidupan.
   Masa mula-mula aku jejak kaki di Alam Persekolahan rasa macam seronok sebab dapat Kawan baru,masa tadika aku tak pandai membaca,satu apa pon aku tak tahu lain dengan kawan-kawan lain diaorang cepat belajar apa yang cikgu ajar.aku sampai ada cikgu buat kelas tambahan untuk membaca,aku ingat lagi nama cikgu tu "Cikgu Lin" sangat-sangat penyabar mengajar aku sampai akhirnya aku kenal apa itu "A,B,C"aku dah pandai mengeja dan membaca.Masa Tadika tak tau lagi apa yang akan jadi selepas tu hanya ikut apa yang di aturkan oleh mak dan abah,bile tamat tadika aku dapat ngok kegembiraan mak dan abah bila ade anugerah seperti pelajar terbaik adalah aku mak abah tersenyum bila nama aku disebut semasa penyampaian hadiah untuk kami pelajar tadika setelah tamat pengajian kami,semua tu sebab berkat doa mak dan abah serta semangat seorang cikgu yang tak pernah lelah ajar aku sampai aku tahu macam mana nak menulis,membaca,mengira.Rindu zaman tadika.aku lupa nak bagi tau nama tadika aku.TADIKA AKTAR
   Tamat tadika aku teruskan dengan sekolah rendah,masa sekolah rendah masih lagi jumpa kawan tadika jadi tak lah rasa kekok di alam persekolahan rendah.Alhamdulillah awal-awal persekolahan sekolah rendah aku bila masa exam dapat keputusan yang agak mengembirakan mak dan abah.Tapi kite tak selalu di atas,Bila naik Darjah Dua aku diduga dengan reputasi pembelajaran aku menurun dengan mendadak.Masa tu mak abah risau,walaupon masa tu aku masih lagi berumur 9tahun tapi aku tahu mak abah bimbang dengan reputasi pembelajaran aku yang tiba-tiba menurun.Zaman budak-budak asyik fikir nak memain jew tak fikir pelajaran sangat.Banyak usaha mak abah buat untuk aku bangkin kembali dengan kejatuhan pembelajaran,mana tak mak abah risau setiap kali exam mensti markah semua tak memuaskan.bila naiknya Darjah Enam bermulalah exam besar iaitu "UPSR".alhamdulillah nasib masih menyebelahi aku,dapat aku mengembirakan mak dan abah.mana taknya aku dihantar belajar sana-sini untuk berjaya.
      Setelah itu aku belajar di sekolah menengah pulak,lagi besar dugaan bila makin tinggi tahap pembelajaran.masih sama aku sekadar pelajar yang cukup-cukup makan apa bila exam,tak dipandang cikgu pon masa sekolah menengah mungkin aku tak banggakan cikgu-cikgu ,Mungkin!tapi bolehlah keputusan "PMR"aku waktu tu aku masih lagi berusaha tapi belum rezeki nak jadi yang cemerlang.
       Naik Tingkatan 4 aku berpindah di sekolah Vokasional mungkin aku memang tak boleh bawak subjek sastera jadi mak dan abah ambil keputusan dengan pindahkan aku ke sekolah aliran Vokasional,pada mulanya aku tak nak pindah sebab aku susah untuk bergaul dengan orang baru,tapi sampai bila aku nak hidup dengan cara hidup macam tu.Bila difikirkan apa yang mak dan abah buat demi aku,aku berpindah kesekolah aliran voka.
          Aku sangat-sangat bersyukur sebab aku dengar cakap mak dan abah dengan pindahkan aku ke voka.Nak tau kenapa? sebab kat situ aku semua cikgu-cikgu ambil perhatian kat semua anak murid dia tak kira anak murid dia lemah atau tak dalam setiap subjek mereka ajar dengan penuh kasih sayang setiap ilmu yang diajar sangat-sangat berkat aku rasa sebab setiap kali mereka ajar semua masuk dalam ingatan dan faham apa yang diajar.aku mula rajin belajar sampai aku nak menduduki exam yang paling-paling besar iaitu "SPM".
            Alhamdulillah keputusan SPM aku sangat-sangat memuaskan mak dan abah sebab apa aku kata sangat-sangat memuaskan mak abah sebab,abah tak pernah sangka yang aku boleh dapat keputusan macam tu,aku ingat masa nak ambil keputusan SPM abah takut nak teman aku untuk ambil keputusan,jadi aku pergi dengan kawan aku,aku tak terasa pon sebab aku pon takut nak ambil kalau mak abah ada,aku takut aku kecewakan diaorg.tapi Alhamdulillah aku berjaya..dapat aje keputusan mak abah aku telefon untuk bagi tau.balik rumah abah boleh cakap macam ni kat aku "Abah ingat teruk keputusan ko dik,alhamdulillah".nak tau tak kenapa abah paling takot bila keputusan keluar,sebab setiap kali aku balik rumah bila waktu cuti sekolah aku tak pernah buka buku depan abah,balik rumah aku mesti mengadap depan tv pastu aku tido.Masa sekolah aku duduk Asrama,
            Aku banyak habiskan masa belajar bila duduk asrama,Bila balik rumah masa aku untuk famiy.bila habis sekolah aku tak tau sama ada aku dapat sambung belajar atau setakat SPM  sahaja.Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku lagi dan aku dapat sambung DIPLOMA.
            Sebelum aku sampai ketehap ni aku ingat akulah yang kurang pandai dalam kelas,sekolah mahupun dalam family besar.Aku lupa akan adanya Allah yang Maha berkuasa,DIA yang menentukan segalanya dan semuanya telah tertulis dari segalanya dalam setiap hidup kita,tidak kira dalam kejayaan,jodoh,ajal dan maut semua kat tangan Allah...aku bersyukur dengan setiap yang diberi..

Enam Rasia dari Al-Quran dan Hadis untuk murah rezeki


      1.  TAWAKAL



    "Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah,nescaya kamu di beri rezeki,sebagaimana burung mendapat rezeki,dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang."(HR at-Tirmizi )

      2.  MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

     "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas(rahmatNya dan kurniaNya),lagi Maha Mengetahui".(An-Nuur 24-32)


     3.  BERDOA

     Rasullah sering berdoa selepas solat subuh,"Ya A,llah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,rezeki baik,dan amal yang diterima".(HR Ahmad dan Ibnu Majah)


     4.  BERSYUKUR

    "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu "Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur  nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Surah Ibrahim14:7)


     5.  JUJUR DAN ADIL DALAM BERNIAGA

     "Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah.Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan,mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka.sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterima tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatan".
(HR Hadis Hakim bin Hizam r.a)

     6.   CAHAYA MATA

      "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan;Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar".(Al-Israa17:31)

   Apa-apa yang kite buat perlu ingat yang kite ada Allah dan Mak dan Abah(keduaibubapa),sama-sama kite menghormati Agama Islam kite sendiri
Inshaa Allah